Kuhim @ Ebin
Ugat adalah anak jati kg. Puhus, Tamparuli yang begitu peka dengan keadaan alam
sekitar kampungnya yg banyak ditumbuhi pohon-pohon buluh. Pohon-pohon buluh
yang banyak itu telah melahirkan idea Kuhim untuk menghasil produk muzik
buluh dan produk kraftangan yang berasaskan buluh. Hasil kreativiti ini telah
membuatkan Kuhim berpandangan lebih jauh dan berpendapat bahawa kreativiti
dalam menghasilkan produk kraf buluh boleh dijana sebagai mata pencarian yang
berpotensi untuk dimajukan.
Kuhim membuat tekad dan tahun 2002,
bermulalah episode baru dalam hidup Kuhim dengan menghasilkan produk kraftangan
muzik buluh – Suling secara kecil-kecilan dan produk yang dihasilkan dihantar
ke gerai-gerai penjual kraftangan di pekan Tamparuli. Bermula dari situ Kuhim terus menambah pengeluaran produk muzik buluh tersebut
dan menjual secara borong dan
‘consigment’. Masa kini, Kuhim belum mempunyai tempat khas untuk memasarkan
hasil produknya. Namun, itu tidak menghalang Kuhim untuk meneruskan usahanya
dengan cara menjual secara terus kepada pelanggan di Centre Point (Borneo Art),
Wawasan plaza (Kedai Kraftangan), Koubasanan ku (Kedai Tuaran) dan sering
mendapat undangan promosi dari agensi kerajaan di Sabah. Hasil keluaran Kuhim
telah membawa beliau melangkah jauh ke Tawau, Ranau, Papar, Keningau, Tuaran
dan Kota Kinabalu untuk memasarkan pelbagai jenis kraf yang dihasilkan dari
hasil rimba.
Kini usaha Kuhim
telah menampakkan hasilnya dan Kuhim kini giat menyertai promosi-promosi yang
dianjurkan oleh mana-mana jabatan atau agensi kerajaan. Kuhim juga menyimpan
impian untuk menyertai promosi kraf yang besar seperti Hari Kraf Kebangsaan
yang dianjurkan oleh pihak Kraftangan Malaysia di Kuala Lumpur. Bagi
merealisasikan impian itu, kini Kuhim giat membuat pengeluaran produk kraf yang
berasaskan hasil rimba. Antara produk hasil rimba yang dihasilkan oleh Kuhim
adalah:-
Suling – tune ‘c’ ‘g’ dan ‘d’
Lukisan kayu – Akar kayu yang menyerupai haiwan.
Kurungu – Alat muzik di perbuat daripada bambu.
Model rumah bambu – Rumah rehat di pedalaman
Topi kobog – Kulit kayu yang di bentuk menjadi topi.
Sogungu – Alat muzik yang dimainkan oleh 6 orang.
Tongkungon – Alat muzik nenek moyang oleh kaum dusun.
Sompoton – Alat muzik gabungan bambu dan polod (Sodi
di buat dari polod)
Bakul – di perbuat dari rotan.
Key chain – bebagai cendera hati berbentuk key chain,
gelang dan rantai manik.
Gabang kayu – alat muzik di perbuat dari kayu lembut.
Lain lain jualan berasaskan hasil hutan rimba.
Bagi penggemar
produk kraf hasil rimba, Kuhim boleh dihubungi melalui nombor telefon atau
alamat berikut:-
Kuhim @ Ebin
Bin Ugat
Kg. Puhus,
Tamparuli
Peti Surat 59
89257
Tamparuli, Sabah
Tel : 011
19546501 / 014 5673006