Thursday 16 February 2012

KUHIM - BAMBOO CRAFTS



Kuhim @ Ebin Ugat adalah anak jati kg. Puhus, Tamparuli yang begitu peka dengan keadaan alam sekitar kampungnya yg banyak ditumbuhi pohon-pohon buluh. Pohon-pohon buluh yang banyak itu telah melahirkan idea Kuhim untuk  menghasil produk muzik buluh dan produk kraftangan yang berasaskan buluh. Hasil kreativiti ini telah membuatkan Kuhim berpandangan lebih jauh dan berpendapat bahawa kreativiti dalam menghasilkan produk kraf buluh boleh dijana sebagai mata pencarian yang berpotensi untuk dimajukan.


Kuhim membuat tekad dan tahun 2002, bermulalah episode baru dalam hidup Kuhim dengan menghasilkan produk kraftangan muzik buluh – Suling secara kecil-kecilan dan produk yang dihasilkan dihantar ke gerai-gerai penjual kraftangan di pekan Tamparuli. Bermula dari situ Kuhim terus  menambah pengeluaran produk muzik buluh tersebut dan menjual  secara borong dan ‘consigment’. Masa kini, Kuhim belum mempunyai tempat khas untuk memasarkan hasil produknya. Namun, itu tidak menghalang Kuhim untuk meneruskan usahanya dengan cara menjual secara terus kepada pelanggan di Centre Point (Borneo Art), Wawasan plaza (Kedai Kraftangan), Koubasanan ku (Kedai Tuaran) dan sering mendapat undangan promosi dari agensi kerajaan di Sabah. Hasil keluaran Kuhim telah membawa beliau melangkah jauh ke Tawau, Ranau, Papar, Keningau, Tuaran dan Kota Kinabalu untuk memasarkan pelbagai jenis kraf yang dihasilkan dari hasil rimba.

Kini usaha Kuhim telah menampakkan hasilnya dan Kuhim kini giat menyertai promosi-promosi yang dianjurkan oleh mana-mana jabatan atau agensi kerajaan. Kuhim juga menyimpan impian untuk menyertai promosi kraf yang besar seperti Hari Kraf Kebangsaan yang dianjurkan oleh pihak Kraftangan Malaysia di Kuala Lumpur. Bagi merealisasikan impian itu, kini Kuhim giat membuat pengeluaran produk kraf yang berasaskan hasil rimba. Antara produk hasil rimba yang dihasilkan oleh Kuhim adalah:-

Suling – tune ‘c’ ‘g’ dan ‘d’
Lukisan kayu – Akar kayu yang menyerupai haiwan.
Kurungu – Alat muzik di perbuat daripada bambu.
Model rumah bambu – Rumah rehat di pedalaman
Topi kobog – Kulit kayu yang di bentuk menjadi topi.
Sogungu – Alat muzik yang dimainkan oleh 6 orang.
Tongkungon – Alat muzik nenek moyang oleh kaum dusun.
Sompoton – Alat muzik gabungan bambu dan polod (Sodi di buat dari polod)
Bakul – di perbuat dari rotan.
Key chain – bebagai cendera hati berbentuk key chain, gelang dan rantai manik.
Gabang kayu – alat muzik di perbuat dari kayu lembut.
Lain lain jualan berasaskan hasil hutan rimba.

Bagi penggemar produk kraf hasil rimba, Kuhim boleh dihubungi melalui nombor telefon atau alamat berikut:-

Kuhim @ Ebin Bin Ugat
Kg. Puhus, Tamparuli
Peti Surat 59
89257 Tamparuli, Sabah
Tel : 011 19546501 / 014 5673006




Tuesday 14 February 2012

TAKLIMAT HKK 2012

Taklimat HKK 2012 - PKKM Sabah

Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2012 akan dilaksanakan pada 21 Mac hingga 2 April 2012 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Sebagai persiapan penyertaan pengusaha kraf dari Sabah. Pihak Bhg. Pemasaran Dan Promosi telah mengadakan sesi taklimat kepada pengusaha-pengusaha kraf yang akan menyertai HKK 2012 pada 14 Februari 2012 bertempat di PKKM Cawangan Sabah. Pengusaha yang hadir terdiri dari pengusaha kraf dari Keningau, Kota Belud, Kota Marudu dan Kota Kinabalu. Para pengusaha menyambut baik dengan penganjuran HKK 2012 dan telah memberikan persetujuan untuk menyertai HKK2012.

  








Bersempena dengan taklimat tersebut majlis penyampaian bantuan mesin kepada usahawan SDSI juga turut diadakan dan seramai 3 orang usahawan telah menerima bantuan tersebut yang terdiri daripada Encik Yadai Golok (pengusaha kraf tempurung), Puan Nuruniah Sintikan (pengusaha SDSI Kraf Kulit Kayu) dan Encik Jamawid Hj. Soh (pengusaha SDSI Kraf Logam - Parang). Penyempaian bantuan telah disempurnakan oleh Pengarah PKKM cawangan Sabah.

  

Thursday 2 February 2012

MANNA JEWELLER - Peniaga Kraf Mutiara

Vivian Chong adalah seorang wanita gigih dalam mengharungi perniagaan kraf, beliau bermula dengan perniagaan kraf lukisan batik dan pelbagai produk kraf yang lain. Perniagaan ini mengalami kegagalan dan dengan keazaman yang jitu, beliau memulakan perniagaan kraf aksesori wanita yang berasaskan mutiara, hasil kesungguhan beliau, kini beliau telah berjaya dan menempah nama  sebagai pengeluaran kraf aksesori wanita di bandaraya Kota Kinabalu. Manna Jeweller adalah syarikat pengeluar dan penjual kraf aksesori wanita yang diusahakan oleh Vivian. Beliau juga merupakan pereka aksesori wanita bagi syarikat beliau dan hasil rekaan beliau pernah menarik perhatian dari isteri YAB Perdana Menteri semasa perasmian Galleria Wanita di Wisma Wanita di Kota Kinabalu, banyak hasil rekaan eksklusif yang dikeluarkan telah dibeli dan ditempah oleh Isteri YAB Perdana Menteri. Manna Jeweller adalah syarikat yang menjalankan perniagaan terus kepada pelanggan secara eksport, retail dan wholesale kepada pelanggan. Vivian seorang usahawan yang aktif dengan mengikuti promosi-promosi kraf di peringkat negeri atau pun peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan Vivian juga merupakan salah seorang wanita yang berjaya dalam perniagaan kraf aksesori wanita yang berasaskan mutiara di Sabah.

Para pengemar kraf aksesori wanita boleh mendapatkan produk keluaran Manna Jeweller yang dihasilkan sendiri oleh Vivian melalui premis beliau yang beralamat:-
Manna Jeweller
Block D, Level 1, Unit D-1-27B
Warisan Square 88000 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088-448712, (HP) 012-8037858 

Syarikat ini bersedia menerima tempahan dari orang perseorangan, syarikat dan agensi-agensi lain yang berminat untuk mendapatkan produk aksesori wanita keluaran Manna Jeweller.


Vivian melayan Isteri PM yang tertarik dengan kraf aksesori wanita yang dikeluarkan oleh Manna Jeweller



Antara produk kraf eksklusif aksesori wanita yang dipamerkan