Thursday 16 February 2012

KUHIM - BAMBOO CRAFTS



Kuhim @ Ebin Ugat adalah anak jati kg. Puhus, Tamparuli yang begitu peka dengan keadaan alam sekitar kampungnya yg banyak ditumbuhi pohon-pohon buluh. Pohon-pohon buluh yang banyak itu telah melahirkan idea Kuhim untuk  menghasil produk muzik buluh dan produk kraftangan yang berasaskan buluh. Hasil kreativiti ini telah membuatkan Kuhim berpandangan lebih jauh dan berpendapat bahawa kreativiti dalam menghasilkan produk kraf buluh boleh dijana sebagai mata pencarian yang berpotensi untuk dimajukan.


Kuhim membuat tekad dan tahun 2002, bermulalah episode baru dalam hidup Kuhim dengan menghasilkan produk kraftangan muzik buluh – Suling secara kecil-kecilan dan produk yang dihasilkan dihantar ke gerai-gerai penjual kraftangan di pekan Tamparuli. Bermula dari situ Kuhim terus  menambah pengeluaran produk muzik buluh tersebut dan menjual  secara borong dan ‘consigment’. Masa kini, Kuhim belum mempunyai tempat khas untuk memasarkan hasil produknya. Namun, itu tidak menghalang Kuhim untuk meneruskan usahanya dengan cara menjual secara terus kepada pelanggan di Centre Point (Borneo Art), Wawasan plaza (Kedai Kraftangan), Koubasanan ku (Kedai Tuaran) dan sering mendapat undangan promosi dari agensi kerajaan di Sabah. Hasil keluaran Kuhim telah membawa beliau melangkah jauh ke Tawau, Ranau, Papar, Keningau, Tuaran dan Kota Kinabalu untuk memasarkan pelbagai jenis kraf yang dihasilkan dari hasil rimba.

Kini usaha Kuhim telah menampakkan hasilnya dan Kuhim kini giat menyertai promosi-promosi yang dianjurkan oleh mana-mana jabatan atau agensi kerajaan. Kuhim juga menyimpan impian untuk menyertai promosi kraf yang besar seperti Hari Kraf Kebangsaan yang dianjurkan oleh pihak Kraftangan Malaysia di Kuala Lumpur. Bagi merealisasikan impian itu, kini Kuhim giat membuat pengeluaran produk kraf yang berasaskan hasil rimba. Antara produk hasil rimba yang dihasilkan oleh Kuhim adalah:-

Suling – tune ‘c’ ‘g’ dan ‘d’
Lukisan kayu – Akar kayu yang menyerupai haiwan.
Kurungu – Alat muzik di perbuat daripada bambu.
Model rumah bambu – Rumah rehat di pedalaman
Topi kobog – Kulit kayu yang di bentuk menjadi topi.
Sogungu – Alat muzik yang dimainkan oleh 6 orang.
Tongkungon – Alat muzik nenek moyang oleh kaum dusun.
Sompoton – Alat muzik gabungan bambu dan polod (Sodi di buat dari polod)
Bakul – di perbuat dari rotan.
Key chain – bebagai cendera hati berbentuk key chain, gelang dan rantai manik.
Gabang kayu – alat muzik di perbuat dari kayu lembut.
Lain lain jualan berasaskan hasil hutan rimba.

Bagi penggemar produk kraf hasil rimba, Kuhim boleh dihubungi melalui nombor telefon atau alamat berikut:-

Kuhim @ Ebin Bin Ugat
Kg. Puhus, Tamparuli
Peti Surat 59
89257 Tamparuli, Sabah
Tel : 011 19546501 / 014 5673006




No comments:

Post a Comment